Persatuan Kelab Sukan dan Kebajikan Kementerian Pendidikan Tinggi (Kelab KPT) berdaftar secararasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan pada tanggal 19 November 2015 dan persatuan ini dikenali sebagai Kelab KPT. Sijil pendaftaran seperti di perkara 2.0 dan maklumat Persatuan adalah seperti berikut:
Nama: Kelab Sukan dan Kebajikan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
Tarikh Ditubuhkan: 19 November 2015 di W.P. Putrajaya
No. Pendaftaran: PPM-036-16-19112015.
Alamat Berdaftar : Pusat Mel Aras 3, Kementerian Pendidikan Tinggi, Blok 2, Presint 5, Jalan P5/6, Pusat
Pentadbiran Kerajaan, 62200 Putrajaya
Emel Rasmi : kelabkpt@mohe.gov.my
Facebook Rasmi : Kelab Sukan dan Kebajikan Kementerian Pendidikan Tinggi – KELAB KPT
Tubuhnya Kelab KPT sebagai inisiatif strategik dengan pelbagai faedah untuk ahlinya dan komuniti sekeliling. Objektif utama adalah untuk meningkatkan kesejahteraan pekerja di kalangan warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat. Melibatkan diri dalam aktiviti sukan bukan sahaja menyumbang kepada kecergasan fizikal tetapi juga memupuk semangat setia kawan dan kerja berpasukan seterusnya mewujudkan budaya kerja yang positif dan dapat meningkatkan produktiviti dan melahirkan idea yang inovatif.
Penglibatan dalam sukan menawarkan banyak kelebihan. Kecergasan fizikal adalah asas, dengan senaman yang kerap diketahui dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular, mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan keseluruhan. Sukan berpasukan memupuk kemahiran berharga seperti kerjasama, kepimpinan dan pengurusan masa, yang boleh diterjemahkan kepada peningkatan produktiviti dan kecekapan di tempat kerja.
Komponen kebajikan juga diperluas impaknya melangkaui fungsi yang tidak disentuh oleh Kementerian. Kelab KPT juga menyedari akan pentingnya keberadaan sebagai individu (selfworthiness). Oleh itu, penganjuran program pembangunan diri juga dianjurkan seperti kursus dan bengkel untuk membantu ahli kelab mengenali potensi diri dan sokongan ini memperkukuhkan keberkesanan individu dalam pelbagai aspek kehidupan. Antara sudut yang hendak capai oleh Kelab KPT ialah sokongan kesejahteraan mental, menganjurkan program kecergasan kesihatan, aktiviti riadah dan pengurusan stres, menjaga kebajikan ahli kelab, program kesejahteraan keluarga, mengasah bakat sukan, seni, usahawan dan soft skills, memberi ruang daripada kerja hakiki (program percutian, rehat & lawatan sambil belajar) dan kempen keseimbangan kerja-hidup.
Kesimpulannya, Kelab KPT adalah pendekatan holistik terhadap penglibatan pekerja warga Kelab KPT, kesejahteraan, dan pembangunan komuniti setempat. Objektif utama Kelab KPT adalah meliputi elemen utama yang dicetuskan iaitu sukan dan kebajikan warga kelab KPT. Pertubuhan ini diharap dapat mewujudkan gabungan harmoni yang bukan sahaja memberi manfaat kepada ahli individu tetapi juga menghulurkan bantuan kepada komuniti Kementerian yang terlibat secara amnya. Inisiatif sedemikian bukan sahaja menyumbang kepada tenaga kerja yang lebih sihat dan ceria tetapi juga mengukuhkan komitmen organisasi untuk menjadi ahli komuniti yang bertanggungjawab dan prihatin.
Sekiranya tuan / puan ingin berhubung bagi bekerjasama melaksanakan program atau menyokong program Kelab KPT melalui sumbangan dana, smart-partnership/ rakan strategik atau bahan promosi bagi kebaikan hubungan dua hala boleh emel kepada kami melalui emel rasmi kelabkpt@mohe.gov.my