KELAB KPT aktif menganjurkan pelbagai program dan aktiviti yang bertujuan untuk memperkasa ahli serta memberi impak positif kepada komuniti. Dari aktiviti sukan yang menyihatkan, bengkel pembangunan diri, hingga program kebajikan yang menyentuh hati, setiap acara kami dirancang dengan teliti untuk memenuhi keperluan dan minat ahli.
Dengan penyertaan yang memberangsangkan, program-program ini bukan sahaja memupuk semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan hubungan sesama ahli. Sertai kami dalam menjayakan aktiviti-aktiviti menarik ini dan bersama-sama kita mencipta kenangan bermakna!
AKTIVITI KELAB KPT PADA TAHUN 2025
Kejohanan MAKSWIP Ping Pong ( 25 Julai 2025)
Kejohanan Bola Seрак 4 Рenjuru 'Legend All Stars' Piala Dr. Zambry Abd. Kadir (5 Julai 2025)
Aktiviti Pendakian Gunung : Sunrise Attack Bukit Berekeh & Lata Penyel (11 - 12 Julai 2025)
Kursus Seni Urutan Tradisional Melayu Dengan Kerjasama Politeknik Nilai (18 Julai 2025)
Jemputan Ke Ceramah Maal Hijrah: "Saya Yang Menjalankan Amanah" (25 Julai 2025)
Sumbangan Kepada Waris Mendiang Encik Poovan A/L Arumugam (29 Jun 2025)
Sumbangan kepada Tabung Keluarga Mangsa Kemalangan Bas Sewa UPSI (2 Julai 2025)
Sesi Pound bersama Coach Ariff ( 16 Mei 2025)
Sesi Senamrobik bersama Coach Nda (9 Mei 2025)
Sesi Ceramah Kesihatan Kanser Mulut Dan Langkah Pencegahan Anjuran Kelab KPT Dan Segi University (29 Mei 2025)
Jualan Sampul Raya Kelab KPT (11 Mac 2025)
Program Ihya' Ramadan : Majlis Tadarus Dan Khatam Al-Quran Perdana Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Tahun 1446h/2025m (26 Mac 2025)
Perkongsian Dekorasi Sentuhan Estetik Raya Dengan Gaya Oleh Kemn Azmaili (27 Februari 2025)
Sumbangan kepada komuniti luar bagi program KUDAH (7 & 15 Januari 2025)
Kelas Lipatan Seni Hiasan Origami Sempena Cuti Sekolah (4 Februari 2025)
AKTIVITI KELAB KPT PADA TAHUN 2024
Seramai lebih 600 warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah bersama-sama memeriahkan Karnival Sukan KPT sempena Hari Sukan Negara (HSN) 2024 melibatkan pelbagai aktiviti kesukanan bagi warga KPT.
Selaras dengan HSN2024 yang mengetengahkan konsep Malaysia Madani iaitu Sukan Baharu dan Sukan Rakyat dalam aktiviti kesukanan di kalangan masyarakat, KPT juga turut merealisasikan hasrat dan aspirasi ini melalui pelbagai acara kesukanan yang dipertandingkan.
Sebanyak tujuh (7) acara sukan dipertandingkan iaitu acara 'street soccer', bola jaring, ping pong, tarik tali lelaki, tarik tali wanita, baling selipar dan boling kelapa.
Manakala penyertaan pertandingan melibatkan enam (6) sektor merangkumi Sektor KSU, Sektor DASAR, Sektor Pengurusan & Pembangunan, JPT, JPPKK dan AKEPT. Setiap sektor diwakili oleh peserta secara berkumpulan.
Majlis Penutupan dan sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman.
Dalam pada itu, sesi cabutan bertuah turut diadakan pada Majlis Penutupan ini bagi memeriahkan lagi acara penamatan program.
Pemenang bagi setiap acara telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM300 bagi Johan, RM200 Naib Johan manakala RM100 bagi pemenang di tempat ketiga.
Hari Diabetes Sedunia anjuran bersama Kelab KPT dan Universiti Malaya Medical Centre yang diadakan di Kementerian Pendidikan Tinggi.
Perasmian majlis sambutan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohamad Azhan bin Md. Amir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Dan Pembangunan), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Turut hadir bersama, YBrs. Prof. Dr. Nazirah binti Hasnan, Pengarah, PPUM, Encik Mohd Fauzee bin Mohd Aliwee, Timbalan Presiden, Kelab Sukan dan Kebajikan, KPT, YBrs. Prof. Madya Dr. Lim Lee Ling, Ketua Unit Penjagaan Diabetes, Jabatan Perubatan PPUM serta para tetamu yang lain.
Melalui program saringan kesihatan ini, seramai 230 orang warga KPT berjaya disaring sepenuhnya.
SESI PEMILIHAN PASUKAN BOLA SEPAK KPT PRA MUSIM MAKSWIP 2024 - 24 OKTOBER 2024 (KHAMIS)
SESI PEMILIHAN PASUKAN BOLA TAMPAR KPT PRA MUSIM MAKSWIP 2024 - 29 OKTOBER 2024 (SELASA)
SESI PEMILIHAN PASUKAN BOLA JARING KPT PRA MUSIM MAKSWIP 2024 - 6-8 NOVEMBER 2024
SESI FLAG-OF KONTIJEN KPT SEMPENA MAKSWIP 2024 - 27 NOVEMBER 2024 (KHAMIS)
SESI SENAMROBIK PENCAK TARI - 12 NOVEMBER 2024 (SELASA)
SESI ZUMBA BERSAMA ZIN IJAN - 26 NOVEMBER 2024 (SELASA)
HIKING BUKIT PENARIKAN 2024 - 19 OKTOBER 2024 (SABTU)
MAJLIS SOLAT HAJAT & BACAAN YASIN SURAU IBADURRAHMAN
08 NOVEMBER 2024 (JUMAAT)
SESI CERAMAH : BAHAGIA MEMBERI OLEH IMAM MUDA ASYRAF
9 DISEMBER 2024 (ISNIN)